Pelajar Politeknik Nilai Serlahkan Bakat Inovasi

Kejayaan dalam kategori Inovasi pada Success Award@ PNS 2020 anjuran Politeknik Nilai Negeri Sembilan (PNS) bukan diraih  dengan cara yang mudah. Pengiktirafan tersebut merupakan hasil usaha berterusan sejak berada dalam pengajian di PNS.
Namun berkat kesungguhan itu , hasilnya kini dituai dan terasa kepuasan yang tidak ternilai.
Dua pelajar yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kepimpinan Inovasi pada malam anugerah Success Award@PNS 2020 baru-baru ini  iaitu Muhammad Arif Mohmad Asri dan Nur Nadia Mohamad Noh berjaya menyerlahkan bakat inovasi mereka.
Muhammad Arif Asri selaku Mantan Yang Di-Pertua MPP PNS sesi 2019 telah merangkul beberapa kategori anugerah pada malam Success Award@PNS 2020 . Antaranya ialah Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Pelajar, Anugerah Kecemerlangan Inovasi dan Anugerah Platinum sumbangan daripada YB Dato Exco Belia & Sukan 













Muhammad Arif, 23, berkata, beliau tidak menduga mampu menghasilkan sesuatu yang
memberi manfaat khususnya dalam bidang landskap  yang mengindahkan alam.
Projek tahun akhir beliau semasa berada di PNS adalah berkaitan dengan reka bentuk dan ikon yang boleh dijadikan sebagai simbol kepada negeri Perak.
Penyelidikan tersebut kata beliau, mengambil masa selama lima bulan bagi melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan penelitian dalam membuat elemen reka bentuk.
Katanya, idea bermula daripada mencari elemen terbaik untuk dijadikan sebagai salah satu simbolik untuk negeri Perak.
“Penyelidikan dijalankan menerusi bacaan jurnal dan kajian soal selidik terhadap orang Perak dengan tapak kajian di salah sebuah kawasan di dalam kampus  PNS, ‘’ ujarnya kepada mppns.my

Penggunaan labu sayong yang merupakan ikon negeri Perak dipecahkan kepada empat elemen untuk asas pembinaan taman tersebut.
Empat elemen tersebut kata beliau adalah tanah liat , air, bentuk labu sayong dan cara pembuatannya.
“Semua elemen digabungkan untuk dijadikan lapangan  iaitu  air merujuk kolam yang ada, bentuk labu sayong merujuk kepada bentuk pejalan kaki yang seperti sebuah  bulatan, manakala tanah liat merujuk elemen yang digunakan untuk membuat laluan pejalan kaki tersebut.
“Cara membina laluan pejalan kaki menggunakan kaedah yang sama untuk membuat labu sayong manakala pokok  sebagai elemen hijau yang ada dalam taman, ‘’ ujarnya.
Kata beliau, elemen- elemen tersebut penting bagi memberikan daya tarikan landskap yang dihasilkan.
Muhamad Arif berkata, beliau merancang untuk memanfaatkan elemen yang ada seperti tanah liat bagi memberi manfaat kepada industri landskap pada masa akan datang.
Landskap yang beliau hasilkan menarik perhatian apabila ia mecetuskan pemandangan dan perspektif yang lebih menarik dalam pembangunan taman yang bertemakan kenegerian dan dapat menambah nilai yang tinggi.
Mereka yang berminat boleh mewjudkan konsep taman tersebut dengan kos RM4000.
Beliau percaya teknologi sekarang lebih terarah kepada inovasi berkaitan reka bentuk yang melestarikan alam dan memastikan bidang landskap tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengenengahkan prinsip  teknologi hijau.
Beliau turut berharap supaya bidang landskap dan hortikultur terus berkembang di negara ini sekali gus dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan pokok yang betul dan sempurna bagi mengelakkan pencemaran.
Pada masa sama, beliau berharap, generasi sekarang dapat berfikir bagaimana landasan terbaik untuk mengubah senario landskap di negara ini.
Menurut beliau, penyelidikan tersebut dibiayai menerusi pasukan projek akhir untuk kumpulan negeri Perak.
Projek tersebut mendapat tempat ketiga  dalam kategori taman terbaik dalam pembentangan projek akhir pada tahun 2019 di Politeknik Nilai.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi mengenai kerja kerja  penyelidikan menghasilkan makanan ayam menggunakan alga dan sisa  organik menggunakan mikroorganisma berfaedah.
Penyelidikan tersebut bertujuan membantu mengurangkan beban penternak ekoran daripada kos makanan yang mahal.