Pelajar Politeknik Nilai Serlahkan Bakat Inovasi

Kejayaan dalam kategori Inovasi pada Success Award@ PNS 2020 anjuran Politeknik Nilai Negeri Sembilan (PNS) bukan diraih dengan cara yang mudah. Pengiktirafan tersebut merupakan hasil usaha berterusan sejak berada dalam pengajian di PNS. Namun berkat kesungguhan itu , hasilnya kini dituai dan terasa kepuasan yang tidak ternilai. Dua pelajar yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kepimpinan Inovasi pada malam anugerah Success Award@PNS 2020 baru-baru ini iaitu Muhammad Arif Mohmad Asri dan Nur Nadia Mohamad Noh berjaya menyerlahkan bakat inovasi mereka. Muhammad Arif Asri selaku Mantan Yang Di-Pertua MPP PNS sesi 2019 telah merangkul beberapa kategori anugerah pada malam Success Award@PNS 2020 . Antaranya ialah Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Pelajar, Anugerah Kecemerlangan Inovasi dan Anugerah Platinum sumbangan daripada YB Dato Exco Belia & Sukan Muhammad Arif, 23, be...